Sunday, February 22, 2015

New Story Life Begin #sarahazril

Assalamualaikum...

14 Februari 2015

         Alhamdulillah, selamat menjadi isteri yg sah kepada Hazril Fahzan B Mohd Nordin. Dengan 2 kali lafaz, aku tau dia nervous mcm aku. Saat umi genggam tgn aku menandakan bahawa aku sah menjadi isteri org. Saat itu aku juga tahu bahawa ayah melepaskan semua tanggungjawab yg selama nie dipikul utk aku kepada menantu dia. Kini, ayah dalam paksa rela mungkin melepaskan satu-satunya anak perempuan ke tangan org lain dengan harapan anak nya itu turut dijaf=ga dengan baik sepertimana beliau jaga. Saat itu, aku tau umi dan ayah hanya mampu mengeluarkan air mata kerana kegembiraan. Saat itu, aku juga hanya mampu menitiskan air mata melihat umi dan ayah. Alhamdulillah, majlis kedua-dua belah pihak juga berjalan dengan lancar dan baik. Xde ape ygmampu aku gambarkan selain ketodakpercayaan akn status diri yg kini mula berubah serta tanggungjawab yg kini harus dipikul. Semoga rumahtangga yg dibina ini mendapat rahmat dr Ilahi serta dipermudahkan segala urusan.

        Perkenalan singkat dalam masa 2 minggu, dia hanya menyatakan hasrat "bila boleh saya masuk meminang awak?". Saat itu, aku cuma fikir yg kemungkinan dia cuma bermain2 atau kata lain konon nk test market. Rupa-rupanya, itu adalah yg serius. Perjumpaan singkat antara umi ayah dan keluarga dia membawa kepada keputusan majlis pertunangan. Aku tak kenal dia lama. Aku xtau perangai dia mcm mana. Aku xtau siapa kawan dia. Aku x kenal famili dia. Dia sgt asing bg aku. Senang citer, bkn org yg aku kenal kt mne2 wlupn mcm tue jer. Setahun pertunangan ye mcm2 yg berlaku. Masa tue baru nak kenal dia, masa tue baru nk tau perangai dia mcm mne, mse tue baru nk tau siapa kawan dia, mse  tue baru nk tau kisah hidup dia sebelum dia jmpe aku. Ujian hati Allah nak uji mcm2dah dlm tempoh tue. Aku selalu makan hati, aku selalu menangis, aku selalu pujuk diri sendiri, aku selalu cakap dgn diri sendiri yg aku tak kuat lg utk semua nie. Demi umi dan ayah dan aku tau aku ada kawan yg selalu bg kekuatan pd aku, aku hadamkan semua demi kebaikan semua org.

        Alhamdulillah, janji Allah itu pasti. Aku terima jodoh ini kerana DIA yg tentukn. Aku terima dgn hati ygterbuka. Sbb aku percaya, ape yg Allah tentukan itulah yg terbaik. Dia sebelum kahwin dan dia selepas akad umpama org lain, org yg berbeza. Sbb dia tau menjada adab dan batas sebelum kahwin. Istimewanya dia, biarlah aku jer yg tau. Yg pasti, Allah temukan dia dgn aku, dia yg istimewa. Kami baru nak belajar bercinta, kami baru nak belajar erti sayang, kami baru nak belajar erti rindu. Sesungguhnya, apa yg Allah janjikan itu yg paling indah. Nikmat bercinta selepas nikah itu yg paling indah. Sehingga hari ini, tiada kata yg mampu diucapkan selain syukur pd Yang Esa. 

      Last but not least, terima kasih kepada umi ayah, mama papa, adik2, adik2 ipar, sepupu sepapat, sahabat habdai serta tetamu yg hadir ke majlis kami dua belah pihak. Jasa dan budi baik kalian tidak mampu kami balas. Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu. Doakan kami sabar dalam menghadapi kehidupan baru, doakan kami sentiasa dipenuhi kasih sayang untk kehidupan baru. Terima kasih untuk semua, terima kasih atas segalanya.

       Untuk suami terchenta, terima kasih sebab memilih saya sebagai isteri, terima kasih sebab memenuhi sebahagian impian saya untuk berumah tangga, terima kasih kerana sudi menerima segala kelebihan dan kekurangan diri saya. Semoga awak juga sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu. Moga kita kekal hinnga ke syurga. Saya sayang awak. :)

#sarahazril
Hazril Fahzan + Sarah Husnaini
May Allah bless this marriage with patience and happiness, Insya Allah

Wednesday, December 17, 2014

7 Weeks More To Go....

Assalamualaikum...

Teringat nak tulis ni kes takde idea nak writing tesis. huhu. Penat kemain otak nak memerah idea dan memaksa beliau keluar untuk terus menaip tanpa henti. Ni tidak, idea datang masa nak tidur. memang dah sah2 la aku malas nak menulis nya sebab dah nak tidur. huhu. So, I decide to write this kot2 idea nak datang. hahaha. Tapi macam tak jer la kan. huhu. Lagipun, lama dah kot tak update blog nie. Eh, aku update pun ada orang baca ker? Macam syok sendiri lagi ada la kot. kahkahkah.

7 weeks left before the majlis. Cuak? Nebes? Opkos. Sape tak nervous tue makne nyer dia tak normal. huhu. By the way, preparation almost 80% la kot. Baju aku tak siap lg. Baju untuk majlis lelaki dia kate dia nak belikn. Fine, selamat duit aku.kuikuikui. Kad, makanan, tempat semua umi dengan ayah yg uruskan. So, aku tak berapa nak tau sangat dan aku malas nak tanye selalu sebab nanti umi dengan ayah kate aku gatal nak kawen! hahahahah. Barang hantaran pun belum beli jugak. But, dah ada tarikh nak pegi beli. Goodies pun belum jugak. Tue pun umi dengan ayah pumye plan tatau bile. Aku ikut jer. Well, anak yg baik kn. Puiiiii. hahahahah. Yang penting, permohonan nikah dah buat. Tarikh nikah sekali majlis pun dah ada. Tue yg penting. 

Sape kate urusan kawen nie senang? Wei, adik beradik aku sikit jer. Jauh pulak tue masing2 belajar. Kat rumah ada umi dengan ayah jer. Takkan la majlis aku, aku nak biar umi dengan ayah buat semua tapi aku goyang kaki. Siapa nak kawen ni sebenarnyer?! hahahah. Then, of course la aku yg belajar paling dekat nie nak kene buat. Kesin kot dekat umi dengan ayah. huhu.

Nikah tue nikah jugak. Nie tesis aku nie tatau bile nak habis. Eh, memang kau nak nikah, nak submit tesis Sarah. huhu. Serabut?? Yes, absolutely! Tp, kene fokus la time buat keje. Cuma, sekarang nie takde idea nak meneruskan. Jap lagi datang la kot beliau. hahahah. Harapnyer la. huhu. Tengah bulan nak nikah, hujung bulan submit teisi. Keje gila dah aku nie. Tue yg rasa serabut nie. huhu. Pape pn, keje tetap keje la kot. Semoga urusan tue terus dipermudahkan la. huhu. Ok la. Idea dah ada dah nie. kang tulis lama2 kang hilang pulak. Adios amigos. heheheh :D 

Saturday, October 11, 2014

4 Months To Go. May Allah Ease The Journey....

Assalamualaikum...

It's October now!!! Alhamdulillah, 8 bulan dlm proses pengenalan (bertunang dlm erti kata lain). And now, berbaki 4 bulan lagi untuk proses seterusnya. Ramai org tanye, "Sarah, persiapan macam mane?". Haaaaaaa. Persiapan haruslah kelaut lagi. huhu. Persiapan yg dh settle pun kain nak buat baju jer la. Hantaran, gubahan, hiasan dan seumpamanya belum lah buat lagi. Bukan tak nak start. Memang patutnya, persiapan dah kene start memandangkan berbaki lagi 4 bulan kan. Tapi, serasa awal lagi dan aku pun tengah kejar segala jenis dateline untuk siapkan tesis. huhu. One in a time boleh? Insya Allah, Allah mudahkan mana yang perlu. heheh. Encik Tunang tue pun busy keje jugak. So, dia pun xde nak fikir sangat lagi. huhu. Bile dah masing2 busy nie, memang kelaut la sumer. huhu. Tapi, bila sampai masa yang sesuai akan berlaku. Barang hantaran pun aku ajak beli masa tengah SALE. Xde SALE nie mahal la sket. Dah la minyak naik doposen. Haih la minyak. Naik la time aku dah kawen nanti. Yang pegi naik masa nie buat ape. huhu. So, all the palnning need Plan B since minyak dah naik nie. huhu. Insya Allah, rezeki Allah itu luaskan. Yakin! Kad tak buat lagi, goodies pun tak cari lagi. Catering, umi dengan ayah dah tempah. Photographer, tukang makeup pun settle. Dewan?? Takyah, sebab buat kat rumah jer. Senang walaupun akan penat sket. huhu. Jemputan?? Aku punyer jemputan tak kire lagi. Umi dengan ayah punyer jemputan mungkin umi dengan ayah dah settle kot. Dia punyer jemputan dia kate nanti dia bagitau balik. Pelamin, Mak Tam uruskan. Hiasan bilik pun Mak Tam nak uruskan. Done for that! ALhamdulillah, ramai sangat famili yang nak membantu. Appreciate sangat. Cuma, aku la kene standby kat rumah a month before majlis. Ok, sebab takde orang kat rumah nak uruskan rumah. Kesian um dengan ayah sebabnya, adik still at college and abg ngah kate dia nak balik a week before kenduri. Sokay, sebabmajlis aku kan. So, aku kene buat apa yg aku patut buat. Aku tak boleh mengharapkan orang lain buat utk aku. So, sikit2 buat insya Allah siap. Yg kat kampus nie pun kene siapkan jugak. huhu
#4monthstogo
#roadtograduation
#roadtomarried     

Monday, September 8, 2014

Kerana Jodoh Itu Allah Yang Beri...

Assalamualaikum...

Lama la jugak tak update blog nie. Busy kemain la nie. Huhu. Kejar macam2 jenis dateline. Dateline conference, dateline writing, dateline paper nak publish. Huhu. Hebat tak hebat tak cukup tanah jugak la nak kejar segala jenis dateline yang dinyatakan. Huhu. Main pun banyak la jugak. Nampak sangat tak berapa nak sedar diri lagi kan. Huhu. Nama pun bidang penyelidikan. Banyak la cabaran dalam bidang tue. Setiap bidang atau pekrjaan pun ada ups and downs dia. Tinggal kita nie kuat tak kuat jer nak hadapi. Sebab dah pilih bidang nie, kene la kuat, kene la hadap. Jadikan kerja kita tu sebagai hobi. Insya Allah, kita suka dengan kerja kita. The most important is appreciate kerja sendiri walaupun sedikit. Insya Allah kita akan bahagia dengan apa yang kita buat. Huhu. Ok, habis cerita pasal kerja+study+reserach. Alhamdulillah, tinggal lagi 5 bulan untuk melangkah ke alam baru insya Allah. Sepatutnya, sekarang preparation tue dah start la. Aku?? Tak start pape pun lagi. Huhu. Lepas raya la bak kate beliau kita pulun cari segala, settle segala yang penting. hehe. Dia busy kot lately. So, malas nak kacau kalau dia busy. So, kene faham nature kerja dia. Boss kan. Banyak la kerja. haha. Harapannya, semoga perjalanan ini terus dipermudahkan, harapannya semoga hubungan yang bakal disatukan mampu membahagiakan, harapannya semoga jodoh yang Allah kurniakan ini adalah yang terbaik untuk diri seorang aku. Buat umi dan ayah, terima kasih kerana selama ini sentiasa berada di depan, belakang, kiri dan kanan untuk memberi sokongan moral. Terima kasih kerana membantu dalam apa jua bentuk bantuan. Sesungguhnya, kasih sayang itu tiada siapa yang mampu tandingi. Buat bakal suami, terima kasih kerana sudi terima segala kekurangan, keburukan, kelemahan, kehinaan dan segala jenis 'ke' yang ada pada saya. Terima kasih sebab sudi jadikan saya suri hidup awak walaupun awak mampu dpatkan yang lebih sempurna dari saya. Semoga ikatan ini mampu membawa kita ke syurga bersama. *ok, ayat macam dah kahwin. puiiiiiii* hahahahahah ^_^ Terima kasih Allah untuk jodoh ini. Terima kasih Allah untuk kehidupan ini. Second life is not going to be wasted.Fighting!! :D
After 2 months. Kemain dia punyer senyum. Kalau x muka tue kalah abg long kawasan. hahahah



Friday, July 4, 2014

Surat Cinta - Inspired by John Gray, Men are from Mars and Women are from Venus~~

H yang dikasihi,

1. Marah: Saya marah kerana awak selalu bandingkan saya dgn ex awak. Saya marah kerana saya tau saya bukan pilihan terbaik awak. Saya marah kerana awak tak pernah rasa gembira bila keluar dgn saya. Saya frust bila awak tak sokong ape yang saya buat. Saya frust bila saya ibarat tak penting pada diri awak.

2. Sedih: Saya sedih sebab awak tgk banyak nyer kekurangan saya untuk dibandingkan dgn ex awak. Saya sedih bila awak tak anggap saya nie istimewa pada awak. Saya sedih sebab awak macam tak boleh terima saya seadanyer. Saya sedih sebab awak selalu cerita pasal perempuan yg lagi sempurna pada mata awak. Saya sedih bile awak ibarat memperkecilkan diri saya. 

3. Takut: Saya takut awak buat keputusan untuk bernikah dgn saya adlh keputusan yg terburu2. Saya takut akan datang, saya bakal kehilangan org yg saya syg. Saya takut nanti hubungan kita tak mampu dipertahankan. Saya takut sebab awak macam tak yakin dgn pilihan awak. Saya takut awak buat keputusan utk bernikah dgn saya utk jdkn saya sebagai batu loncatan memandangkn kebanyakan kwn2awak dh kawen. Saya takut hubungan ini putus ditengah jalan. 

4. Cinta: Secara jujur dari hati, saya cintakn awak start dari awak jumpe mak ayah saya. Saya tau saya bukan yg terbaik utk awk. Tp, saya bersyukur Allah bg saya jodoh ini. Saya tak pernah kesal mengenali awak. Sbb saya tau mesti ada sbb Allah duga hati sy mcm nie. Mungkin awak rasasaya belum cukup matang utk awk, Bg saya peluang utk jd matang mcm yg awk nak. Manusia kalau nak berubah ada masa kan. Bukan sekelip mata dia berubah. Mcm tue jugak saya. Saya tak mintak banyak. Saya mintak awak bersabar. Saya mintak maaf kalau awak rasa sy terlalu mendesak. Saya mintak maaf kalau awak rasa saya terlalu meminta. Saya mintak maaf kalau awak rasa saya byk kekurangan dan bukan yg terbaik utk awak.

Saya sayangkn awak, saya sayang ape yg Allah beri pada saya.

SHZ

P.S Jawapan yang saya nak dengar adalah awak juga sayangkan saya, awak juga sudi terima segala kelemahan, keburukan saya, awak sanggup tunggu utk saya berubah dgn cara sy sndr, awk sanggup bersabar dan sentiasa menyokong saya dgn ape yg saya buat bkn dgn cara menjatuhkan.

#Secara praktikal nyer, surat ini menjadi dan mungkin boleh dipraktikkan. Andai ini dibaca oleh beliau, ini adalah ape yg saya rasa. Jatuhkn la saya sebanyak mana pun. Saya masih ada kekuatan utk berdiri dgn sendiri. Saya cuma tak nak awk menyesal dgn pilihan awk. Sy juga bersedia dgn apa jua kemungkinan yg bakal berlaku dihadapan. Saya tau Allah uji sbb DIA syg. Jgn sampai 1 masa petkataan yg tak nak didengar keluar sehingga menggegarkn A'rasy Allah. Saya tak mintak byk. Faham perasaan sy, jaga walaupun 0.00001% hati saya. Saya dah penat mkn hati, nk marah, menangis. Cukuplah sebelum nie pun saya dilayan sebegitu. Andai saya rebah 1 hr nanti, tue tandanya, saya tak mampu berdiri kerana terlalu byk luka yg sy hadapi.

Sunday, June 8, 2014

Am 24 already!! :D

Assalamualaikum...

5 Jun 2014, alhamdulillah genap umur ke 24. hehe. Besar dah Sarah kn. Huhu. Nk kawen dh, nk jd isteri org dh. Huhu. Tp, siapa yg sangka kn. hehe. Rasa bersyukur sangat sebab masih diberi peluang untuk bernafas hingga umur 24 tahun nie. Terima kasih Allah untuk kehidupan ini. Peluang bernafas kali kedua itu adalah satu rahmat yg paling besar dalam hidup seorang aku. Terima kasih umu dan ayah sebab membesarkan aku dengan penuh ilmu dan kasih sayang. Walau ape pun jadi lepas ini, kakak tetap anak perempuan umi dan ayah yang umi dan ayah manjakan sebelum ni. Kakak takkan jadi orang lain walaupun kakak dah bertukar status. Terima kasih Allah untuk semua kehidupan ini. Hanya kesyukuran yg dapatdibuat atas kehidupan ini. Sampai umur 24 tahun pun dah habis bersyukur dah. Huhu. Terima kasih jugak pd kawan2 yg wish dan mendoakan. Semoga Allah juga merahmati kehidupan kalian. Semoga kalian juga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih untuk semua. And I'm 24!! And I will my life for the best! :D

Tuesday, April 22, 2014

Kau ditakdirkanUntukku~~~~

Assalamualaikum....

Tiba2,mengharapkan org bg lagu canie kat kite. kuikuikui....

Terucap syukurku
Aku memilihmu untuk menjadi teman
Hidup setia selamanya
Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu
Mengikat janji bahagia
Dan belayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia dipertemukan belahan jiwaku
Tuhan persatukan kami suntuk selamanya
Hingga bahagia disyurgaMu
Pegang tanganku tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku
Ikatan suci ini
Selalukan ku jaga
Meniti sakinah
Penuh kasih sayang dan rahmatNya
Dan belayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup bersama
Aku bahagia dipertemukan
Belahan jiwaku
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurgaMu
Kau amanahku
Isteriku tercinta
Kau ditakdirkan untukku

Mohon org berkenaan tak kata aku buang tebiat. huhu. Bukan selalu kite nak canie. kehkehkeh... Deep meaning ok. Perempuan kan hati nak kene lembut. :D

Sunday, April 13, 2014

International Engineering Invention & Innovation Exhibition 2014

Assalamualaikum...
Nie bukan hatrik lagi dah. Yg pntg special awards tue. hehe.

Semangat explain kat judges. huhu
Alhamdulillah, selesai 2nd exhibition di Universiti Malaysia Perlis, UniMAP. Alhamdulillah, 2nd time pergi memberi kan hasil yg sangat memberangsangkan. Syukur sangat sebab mampu sampai ke tahap ini. Pergi International Exhibition macam biasa la buat kami rasa kecik. Yelah, kitorang mana ada sistem2 segala. Bukan macam org lain yang bawak machine semua. Kami bukan takde sistem. Cuma, belum disiapkan lagi. Insya Allah bakal dibangunkan tahun depan. Dari sudut yg positif, kami rasa bangga kerana mampu memberikan apa yg SV kami mahu. This is beyond the expectations kot. hehe. Apa2 pun, kali ni punyer exhibition kami mampu bawa balik sesuatu untuk USIM. At least ada juga kemajuan untk USIM kn. hehe. Siapa kate, Teknologi Kimia Industri yg baru bertapak di USIM tak boleh menang award apa2. ALhamdulillah, kami berjaya buktikan yg kami, pelajar KIMIA juga mampu menyaingi pelajar BIOTEKNOLOGI yg selalu jer keluar productsampai dapat award kat world punyer exhibition. Kira, kami mampu juga memberi saingan kepada sesiapa sahaja walaupun kami baru bertapak dalam projek kami. Terima kasih kepada SV terutamanya kerana telah memberi tunjuk ajar sampai ke tahap ini. Sekali lagi, Alhamdulillah dengan kejayaan ini. Next, we will going for another exhibition. Semoga Allah memberi kejayaan seperti ini lagi. heheheh :D
Poster pun last minutes tau. huhu
   

Friday, March 28, 2014

National Invention Competition Through Exhibition 2014....

Assalamualaikum...

Muka happy kan sbb dh lps kene evaluate walaupun tahu mmg x menang. haha
24-25 March. 1 pameran penyelidikan telah diadakan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah. Utk di USIM, ini adalah yg pertama aku pergi. Mse matrik dah pernah pergi pun. heheh. So, sbb kitorang based adalah research, mmg takde la sistem, alat2 yg besar gedabak macam budak2 poli tue. Yelah, diorang kan base on technical jer byk. Kitorg nie, based on knowledge jer lebih. huhu. Tapi, takpe. Dr. kate pergi bukan utk menang. Dr. hantar utk pendedahan dan pengalaman. Nak cerita nya kat sana, masa hari pendaftaran lagi, kitorang dah banayk masalah. Dgn nama tertukar, tajuk projek tertukar apatah lagi booth. Booth pun bukan yg macam kitorang expect. Dalam dewan besar, booth cantik, ada aircond. Sekali sampai sana, tengah panas dia punyer booth, kat tempat parking kete. Panas nye Kedah tue masya Allah. Muka dah mmg sah2 sunburn la. Nie yang rasa kene pergi facial nie. huhu. So, kitorang rasa kosong sebab kitorang takde pun sistem2 macam budak2 yang lain. Tapi, tak kesah pun. Diorang banyak kemahiran, kitorang ada knowledge. hehe. Aku memang masa sampai sana dah dapat rasa yg aku akan jumpa someone yg aku kenal tapi, aku tak tau siapa. Masa hari last pameran, kebetulan la kan kitorang jalan2 tgk booth org lain, singgah kejap kat 1 booth nie. Duduk2 kejap sbb penat dah jalan. Lgpn, booth tu dah takde orang. hehe. Tibe2, aku terpandang la sorang hamba Allah nie buat ape entah ngn member2 dia la kot kat booth belakang jer tempat kitorang jadikan pitstop. huhu. Hati nie terdetik la, macam kenal jer manusia nie. Nak dijadikan cerita, bertembung lah kami disitu. So, instinct aku kuat kan. hehe. Jumpa En. Najib yg sama praktikal masa kt MPOB dlu. Masa kt MPOB pun, aku tak tau dia student dr mana. Aku kenal dia pun sbb dia diminta utk membantu aku run experiment sbb ARO kat lab aku takde, Dan, aku tak pernah expect akan jumpa dia lagi. Sbb, masa dia nak keluar tue, aku tak tau pun, dia student mana, tggl mana, nombor talipon lg la kan mmg takde. huhu. Terkejut mmg terkejut sbb sanagt tak sangka. hehe. On that day la baru aku tau yg dia student situ. Owh, selama nie yg aku igt dia student Masters praktikal kt MPOB tue salah la. huhu. Masa kt MPOB, mamat nie la yg slalu cari pasal dgn aku. Kes nak cari gaduh jer hari2. Nasib baik experiment jalan. haha. Sbb dia nie jugak la aku jadi posmen menyampaikan hasrat hati, menyampaikan salam budak2 praktikal perempuan yg lain kt MPOB masa tue. huhu. Hensem? Pada aku, boleh la. hahaha. Kalau takde En. Najib, mmg takde org la nak layan aku buat experiment. huhu. So, on the competition, mmg kitorang yakin yg kitornag tak menang pun. So, dapat sijil penyertaan jer la. Pape pun, lepas nie bakal menyusul lagi exhibition. Caner nie nak siapkan experiment exhibition jer memanjang. huhu
Nie sebelum panel dtg. Hati berdebar2 jer sbb xtau nti kene tnaye ape. huhu

Friday, March 21, 2014

Ahmad Dailami, My liitle brother...

Assalamualaikum...

Dulu, kalau ada makcik aku yg bersalin, setiap kali cuti sekolah jer, msti nenek akan call suruh balik kampung. Boleh tengok2 kan baby. hehe. Dan, aku akan jadi antara orang yg paling awal sekali dapat tgk baby tersebut. hehe. Sebab tue, aku suka budak kecik, suka baby. Sbb, sampai besar pun diorg akan rapat dgn aku. Bukan macam sesetengah budak yang tak suka orang lagi2 pulak mmg family dia. huhu. Dekat kampung, aku suka tengok nenek jaga anak2 perempuan dia lepas bersalin. Dari jaga baby masuklah masa berpantang dgn segala oantang larang dan sampai la baby u dah besar. huhu. Nenek sangat menjaga kalau bab berpantang lepas bersalin nie. Sbb tue, sumer anak perempuan nenek, still maintain kurus walaupun dah beranak 5/6. hehe. Hebatkan nenek saya. hehe. Biasalah perempuan kan, lepas bersalin cepat sangat naik berat badan. Ibarat dipam2. huhu. Ok, aku kalau boleh nak pantang kat rumah nenek. Biar nenek yang jaga. Kompem makan ikan bilis, nasi putih ngn lada hitam, ada la air suam ker air milo ker hari2. Terjamin lah badan slim macam sebelum kawen. hahahahahaha. Fine! Bukan nak cerita pasal bersalin ker, lepas bersalin ker pun sekarang ni. Nak citer pasal baby. Sorry, tersimpang jauh plak. huhu. My new cousin yang lahir januari lalu. Sempat berapa hari jer dia balik rumah. Lepas dia lahir pun tak sempat nak tengok sbb dia dah dimasukkan ke hospital sebab dia macam sesak nafas. Nama dia, Ahmad Dailami. Dia hensem tau.  Bulu mata dia panjang. Rasa nak pinjam. hehe. Almost 2 months dia kat Hospital Temerloh. Masa u dia ditempatkan di Neonatal Intensive Care Unit (NICU). Takde sape pun boleh tengok dia kecuali parents dia la. huhu. After 2 months, dia di transfer ke Hospital Kuala Lumpur. Ok,pernah jadi rumah kedua aku. huhu. Dailami ditempatkan di Institut Paediatrik. Hampir 2 minggu jugak la dia dekat sana. Rasa seronok sangat sbb dpt tgk dia walaupun dia tak macam cousin2 yang lain. Allah nak uji kan. Macam2 cara. Dah rezeki dia macam tu. Kita usaha yang terbaik. Sbb Allah sebaik2 penyembuh. Allah tau Dailami kuat nak hadapi ujian ini. Allah pun tahu Maklong pun kuat nak tempuh. Dailami aku tak boleh jaga macam cousin2 aku lain macam dulu2. Mandikan, tidurkan, jemur bawah matahari, bawak jalan2. But, seeing him lying on the bed make me wanna cry. Tp, Dailami nampak cergas, nampak aktif. Cuma, tak tau kenapa dia jadi macam tu. Sekarang, doa moga Allah beri kesihatan kepada dia. Tak sampai hati nak tgk dia lama2 kat hospital dgn wayar berbelit sbb dia keck lagi! huhu. Tapi, kakak tau adik2 kakak kuatkan. Dailami pun kuatkan. Hari ni Dailami boleh habiskan sebotol sus tanpa guna tiub pun. Dailami kaut sebab nak main dgn kakak kan nanti. be strong little brother. I love soooo muchhhh <3 font="">
Dah pandai guna botol. hehe
Sbb dah penat asyik tido atas katil jer, dah pandai jugak nie nak beriba. hahah
  

Sunday, March 9, 2014

Kalau dah nama ya PEREMPUAN....

Assalamualaikum...

Sedih, sebak semua ada. Sbb kapal terbang yg hilang dan sebab diri sendiri. BERKORBAN. Rasa tue la perkataan yg sesuai. Allah cuma nak uji agar tidak jauh dari DIA. Mencintai manusia tidak berlebihan. Aku tak mintak banyak. Aku mintak 1 jer. Allah jaga dia. Sarah, dia pegi belajar. Dia tak pegi mana2 pun. Kalau rindu, mintak Allah sampaikn. Mr. Fiancee, thanx for all n everything. Belajar elok2. Bukan mudah nak belajar semula since u have work for almost 6 years. No matter what happen, I still love u. If anything, can u let me know? Mcm yg aku tulis sebelum nie. Kami bkn pernah bercinta mcm pasangan lain. Nie pn kire baru nk belajar jugak la nie. Am I good? Not sure. Yg aku tau, Allah yg jaga hati dia. Lepas2 nie kalau dia tak mesej, call ker, anggap jer dia busy, dia stress or whatsoever yg menyebabkn dia tak sempat pn nak tanye khabar. So,jgn nak ada assumption yg bukan2. Be positive la Sarah. kenapa mengharap dia romantik, sumwit muwit segala. Sedangkn dia memang dari dulu mcm tue, sedangkn aku pn dari dulu macam nie. Allah ada nak jaga dia. Janji Allah itu pasti kn. Kalau dah tertulis itu yg terbaik, aku terima. Mr. Fiancee, be a good student ok. Jangan malas2 kalau ada assignment, jangan cuba2 nak ponteng kelas. Dah dapat peluang, guna sebaiknya. Till we meet again. Be safe, take care ok. Love u.

Sincerely Mrs. Fiancee,
-Sarah-
Gambar last sebelum jumpa lg katanyer. Menangis ckp last. Mcm x jmpe dh jer. huhu

Thursday, February 27, 2014

Again.. ALHAMDULILLAH... :D

It is almost a month with the engagement. Alhamdulillah sgt. Hopefully, Allah will ease through this journey. Kadang2, aku tak percaya pn dah dekat sebulan. How time flies so fast I think. Ucapan syukur tue aku rase masih belum padam kot dalam diri. Sentiasa bersyukur atas kurniaan ini. Walaupn kami bukan macam pasangan lain, aku tau Allah pasti janjikn yg baik utk kami. Janji Allah itu pasti kan. Kenapa nak perlu ragu sedangkn hati ini DIA yg pegang. Tp, aku percaya yg ketentuan dr DIA tue lg baik. Kitorg x slalu call, x slalu mesej, x slalu jmpe walaupn rumah tue dekat jer padahal. Kalau aku pegi kedai kt kg Sg. Tangkas tue, mmg kompem2 dia bleh ternampak jer aku kn. huhu. Tp, aku tak kesah pun. Aku tau dia macam mana. Dia busy keje and his always from the start. Sebelum dia kenal aku lg. So, buat aku nak pakse2 dia slalu contact aku sedangkn before nie dia tak macam tue. Aku pn x penah kesah kn sebelum nie kalau takde org pn nk mesej aku. Mmg handphone tue ntah mane2 jer letak. Padan la ramai yg marah aku. haha. Tp, aku tau jer yg dia slalu amek berat pasal aku wlupn one day tue dia tak tanye pn pasal aku. Aku tak takut sebab aku tau Allah ada nak jaga dia. If and only if anything happen, aku boleh tawakkal jer la kot. huhu. Mr. Fiancee, sy tau kite x mcm pasangan lain. Sy pn tak mintak kite jd pasangan yg suwit muwit bagai. Sy x mintak awk contact sy 24 hours. Sy cuma mintak Allah jagakn awk utk sy. Sy cuma mintak Allah jagakn hati awk utk sy. Mr. Fiancee, thank you sbb sgt mengambil berat psl sy. Sy tau ada masa sy nie keras kepala jgk. huhu. Thank you jugak sbb slalu bertahan dgn kerenah sy. Mr. Fiancee, semoga kita kekal hingga syurga. Sy x mintak awk sempurna sbb kita yg saling melengkapi juga saling menyempurnakn. Awk, sy sayang awk. *blushing*.  Awk jaga diri ok. Sy ok jer nie. Sy sehat jer slalu. Awk pn, sehat slalu ok. You'll never be replaced because Allah gives you to me and I will appreciate that. Thank you Allah, thank you Mr. Arrogant, thank you Mr. Fiancee.. :D
Hazril Fahzan B. Mohd Nordin
(Mr. Arrogant kate nyer.. hehe)

Saturday, February 1, 2014

ALLAH yang beri dia...

Assalamualaikum...

This is unexpected situation.. huhu
1 Februari 2014.. 1 tarikh yg bakal menjadi ingatan smpi ble2 dimana tarikh terikatnya persetujuan 2 buah keluarga dlm menyatukan anak2 mereka. Alhadulillah,segala berjalan seperti yg dirancang and very smoothly. Thanx to all family members, friends and famili bakal mertua. Terima kasih juga kepada yg empunya badan kerana sudi menerima diri ini seadanya. Bertunang itu adalah 1 proses pengenalan. Ingat! bertunang itu masih belum menghalalkan ape2. Masih ada batas2 yg perlu dijaga. Apetah lg diri sendiri. Orgkate, dh jd tunang org nie darah manis. Org kate la. Bkn aku yg kate. Btul atau tak kate org tue, terpulang kpd individu yg berkenaan. Ape2 pn, aku bersyukur sbb dh lps 1 part yg menggentingkan la jugak. Hoi,berdebar tahap dah nak terkeluar jantung. Nasib jantung tue kat dalam badan jer. Kalau tak, dah lama dah melompat. Hiperbola sgt tue Sarah. hahahahahah. Semoga urusan seterusnya dipermudahkan seperti urusan hari ini. Bersyukur sangat sbb ada family yg sgtsupportive. Terima kasih semua. Kpd En. Fiancee, teruskan berdoa moga Allah tetapkan hati kita dalam ikatan ini. Moga Allah permudahkan urusan kita yg seterusnya. Nti la citer kisah kitorg. Nti dh kawen. hahahaha. Alhamdulillah... Alhamdulilla... Alhamdulillah... :D
Ingat tak takut ngadap mak mertua.huhu


Thursday, December 12, 2013

Ingatan itu sampai mati....

Assalamualaikum....

6 tahun masa berlalu dan sungguh pantas meninggalkn kejadian hitam itu. Hampir 4 tahun menjadikn Hospital Kuala Lumpur sebagai rumah kedua setelah berpindah dari hospital Serdang. Dalam jangka masa itu juga, hampir diri ini tidak percaya masih lagi mampu untuk meneruskn kehidupan dgn serba kekurangan. 6 tahun menjadi abnormal person internally, tp masih mampu menjalani hidup sebagai manusia normal yg lain. Sehingga kini, ucapan syukur itu masih meniti di bibir kerana aku masih diberi peluang utk menjalani hidup. Terima aksih ats sokongan semua dan juga dorongan terutama kedua ibu bapa. Doa kalian yg menjadikn aku mampu hidup. Terima kasih. Jasa kalian hanya Allah yg mampu balas. Tiada kata yg mampu diucapkn kerana nikmat ini adalah nikmat yg plg besar dlm hidup seorang aku. Sesungguhnya, nikmat kesihatan itu adalah nikmat yg plg besar dlm hidup seorg aku. Menjadi pesakit AVM adalah sejarah. Bukan aku sahaja, malah rmi lg pesakit seperti aku tidak mampu bergerak sedikit pn. Sesungguhnya ujian Allah bg mereka adalah lebih besar. Kini, aku melanjutkn pengajian dlm Master of Science (Chemical Engineering). Tiada siapa pn yg sangka malah diri sendiri pn tak sangka, aku mampu menghabiskn ijazah pertama dgn baik. Kerana aku tahu, aku kene kuat demi umi dan ayah, demi keluarga. kerana dorongan mereka aku mampu sampai sejauh ini. Semoga kehidupan mereka sentiasa diberkati Allah selalu. Being part of AVM's is the best thing happen in my life. :D  

Sunday, December 8, 2013

Official BSc. Hons. (Industrial Chemical Technology).. Finally!!!!

Assalamualaikum...

30th November 2013 adalah hr yg paling bersejarah dlm hidup sebagai seorang pelajar universiti. Alhamdulillah, aku dan rakan2 selamat dikurniakn Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri). Selepas 4 tahun bersusah payah dan berjerih perih melalui semua kehidupan di universiti, terasa usaha selama itu sangat berbaloi dan udah terbayar dgn Majlis Konvokensyen tue. Rasabersyukur sgt2 sbb dpt habiskn 4 tahun first degree. Klu dlu rse lme sgt sbb 4 tahun. Bila dh habis rse rindu plak nk msuk blajar balik.huhu. Aku sndr, aku x percaya yg aku mampu menghabiskn first degree dgn jayanya. Aku tau, nie sumer berkat umi ngn ayah,doa diorg sbb aku mampu habiskn first degree. Tanpa umi ngn ayah,aku ktau aku xmampu nk berdiri sendiri mengharungi dunia pembelajaran yg agak memenatkn. Siapa sangka, dlu dikatakn tidak normal mampu menghabiskn first degree. Aku tau, ramai yg tak percaya. Kalau ada usaha, pasti ada kejayaan kn. Yakin pd DIA, insya Allah DIA membantu. Sbb sumer tue DIA yg pegang. Insya Allah, lps nie (sedang pn) sambung blajar plak la. X salahkn nk cari ilmu byk2. Sambung di universiti yg sama. Masih dlm bidang KIMIA. Terima dgn rela hati sbb nie kehendak aku sndr. Spe kate Chemistry x best. Chemistry is centre of Science tau. So, I'm proud being a part of Chemistry students. hehe. SO, semoga Allah terus permudahkn perjalanan seterusnya. Semoga Allah permudahkn juga perjalanan sahabat2 sekalian.
Feeling2 lps amek jubah.. :D

Forever sister....

Sanggup jer jln jauh2 semata2 nk bergambar..

Sahabat sampai syurga kawan!! :)
 

Wednesday, October 9, 2013

Bahagia dan Sedih...

Assalamualaikum...

Based on the title,that's happening on the same time. Thus, lets go one by one of the story..

Kisah 1

Tanggal 5 Oktober 2013,at last,my last uncle got married. Alhamdulillah. Susah betul dia nk kawen.Mcm2 dugaan dia hadapi,mcm2 kerenah dia kene layan (belah perempuan). Ape2 pn,dia telah selamat dinikahkn dgn pasangan nya dgn 2 kali lafaz. Walaupn aku xde mse 2,tp,happy utk dia dan happy utk keadaan itu. First time dpt mak cik muda.huhu.However, hopefully, they're happy dan berkekalan hingga ke syurga. Semoga beliau dan pasangannya diberkati selalu dan dikurniakn ank2 yg soleh dan solehah. Nie nk kenduri belah lelaki plak. Aku ditugaskn door gift. Mmg klu kenduri kawen nie muka aku jer la yg bg door gift. Time aku nti nk suruh spe ea? Kene start merancang nama2 yg berkaitan nie nk jdkn angkatan tentera.haha. Ceyh! Ckp cm x lme jer nk kawen. Insya Allah,doakn jer moga dipnjgkn umur dan dipnjgkn jodoh dgn 'org' tersebut. Doakn jgk moga dipermudahkn segala urusan ok! :)

Kisah 2

Tanggal 5 Oktober 2013 juga,Hj. Azali B. Hj. Taib,atuk kesayangan sebelah ayah telah kembali ke rahmatullah.Sesungguhnya,itulah janji Allah pd semua manusia.Setiap yg hidup akn mati. Minggu nie,genap seminggu atuk pergi. Sedih,sebak bila teringat masa tue. Alhamdulillah,sebagai cucu aku mampu jaga atuk ketika beliau sakit semasa hayatnya. Semoga Allah tempatkn beliau dikalangan org2 yg soleh. Semoga amal ibadahnya di dunia selama hayatnya diterima Allah. Semoga beliau dibawah rahmat-NYA. Pergilah atuk,kami relakan walaupn susah utk melepaskn. Pergilah atuk kerana ini adalah janji Penciptamu pd umat didunia. Pergilah atuk kerana kami juga tidak sanggup melihatmu derita dan terbaring kaku tanpa mampu berbuat ape2. Anak2,cucu2 atuk akn sentiasa mendoakn semoga rohmu tenang di sana. Sesungguhnya,lps nie dh xde spe nk ajak cucu2 main mercun,dh xde spe nk layan cucu2 pasang pelita masa raya nanti. Namun atuk,wajah dan namamu sentiasa di ingatan kami selalu. Berbahagialh atuk disana.. :(

*Disebabkn berita mengejut ketiadaan atuk,xdpt pergi nikah Aicik.Walaubagaimanapn,itu adalah ketetapan Allah. Dugaan Allah turun kn serentak pd hr yg sama. Ibarat Allah mahu kami memilih haluan kami masa tue. Semoga Allah terus permudahkn urusan selepas ini.....

Sunday, July 28, 2013

Bachelor of Science with Honours (Industrial Chemical Technology); 4 Years, USIM

Kisah ini ditulis pada 20 Ramadhan 1434 Hijrah.Alhamdulillah,dah sampai pd 10 mlm terakhir dlm bulan Ramadhan.Seharusnya,masa nie,amalan dan ibadah harus dipertingkatkn.Sbb,belum tentu kita akan berjumpa pd Ramadhan akn dtg.Serba sedikit peringatan kpd diri sendiri.

Dipanjatkn kesyukuran kpd Allah krn dh habis 8 semester,4 tahun Ijazah Sarjana Muda. Insya Allah,bakal konvo pada hujung November 2013. Selama 4 tahun belajar,mcm2 ilmu dh dpt.Dr yg asas kpd yg lebih mencabar. Kehidupan bergelar pelajar xpernah lekang dari kesusahannya utk mendapatkn ilmu. Berperang dgn assignment, bergelut dgn projek, bergelumang dgn buku, bertarung dgn exam. Semua pelajar pn akn merasa mcm tu. Untung la bdk2 zaman skrg xde exam. Tp,x feel la kn sbgi PELAJAR anda tidak merasa semua tu. Kadang2,rindu zaman tu. Kadang2,nk kembali ke zaman tu. Zaman susahnya utk dpt ilmu. Mcm tu jugak ilmuwan2 Islam. Betapa susah mereka nak dapatkn ilmu demi membangunkn agama dan bangsa. Tp skrg,bdk2 belajar pn mcm nk xnk. haish......

Perkara paling mencabar selama 4 tahun belajar, FINAL YEAR PROJECT. Ini mmglah. Tido ntah hala ke mana,makan pn dh x tentu hala gayanya,x cukup tanah nak jejak,x cukup masa nk kejar. Mana nak kejar lab,mana nk kejar kelas,mana nk kejar assignment,mana nk kejar final exam. Alhamdulillah,sudah berjaya mengatasi segala kesulitan itu. Kemuncak kpd pengakhiran pembelajaran di kampus adalah PRAKTIKAL. Ini dh mmg train nk keje la. Msuk office pukul 8 pg,balik pukul 5.Kerajaan kn.Ikut office hour la,Yg swata mgkn balik tak tentu masa.Kalau banyak keje,lambat la kot balik,kalau xde keje cpt la agaknya. Alahamdulillah,setelah praktikal selama 4 bulan,byk jgk ilmu yg dpt. Bkn calang2 ilmu,bkn ilmu yg boleh dapat secara teori dalam kelas. Maka,habisnya praktikal,habislah semester 8. Tamatlah 4 Tahun First Degree. 

Siapa sangka,6 tahun dulu digelar 'anak istimewa' oleh doktor,kin berjaya menghabiskan dan menamatkan pembelajaran. Siapa sangka setiap sebulan berulang-alik hospital selama hampir 4 tahun, kini sudah bergelar graduan universiti. Masalahnya,diri sendiri pn x sangka. Dulu fikir macam2. Dgn izin Allah,akhirnya berjaya.Sesungguhnya,Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Semangat kebangkitan utk menjadi insan bkn lg menjadi mayat hidup dtg dr org sekeliling.Umi dan ayah,adik2,sahabat2 dan ahli keluarga yg lain.Kalau org tgk,mgkn org xkn sangka yg dulu dia pernah di diagnos 'pendarahan otak' 6 tahun dulu. Di mana,peristiwa menyayat hati itu xkn dia lupa sampai bila2. Alhamdulillah,dia kini seorang org dan insya Allah bakal memberi sumbangan dlm kehidupan dan masyarakat. Semoga dgn izin Allah terus,dia mampu melakar sesuatu yg mampu dia banggakn suatu hari nanti.

P/S: Dia adalah saya. Insya Allah,bakal menjadi RA dan menyambung pengajian.Semoga Allah terus permudahkn urusan pada masa akn dtg...^^
Hasil usaha 4 tahun. Rasa berbaloi dgn kerja sendiri....

Thursday, July 4, 2013

About Life...

Kadang-kadang,
Kita tak mampu nak sembunyikn rasa hati.
Kadang-kadang,
Kita tak mampu nak rahsiakn perasaan.
Kadang-kadang,
Air mata akan jatuh bila kita ingatkn.
Kadang-kadang,
Rasa rindu bertamu dihati.
Tapi,
Kita tak ada tempat utk meluahkn,
Kita tak ada tempat utk ceritakn,
Kita tak ada tempat utk rasakan.
Mungkin,
Kita bukan lagi utk dia,
Kita bukan lagi keperluan dia,
Kita bukan lagi kepentingan dia.
Semoga,
Dia bahagia dgn kehidupan dia.
Semoga,
Dia sentiasa diingati dalam kenangan,
Semoga,
Dia diberkati selalu.
Semoga,
Hidup dia sentiasa ceria.
Hanya dengan itu,
Hati kita akan tenang,
Hati kita turut merasa kegembiraan dia,
Hati kita turut berbahagia utk dia.
Walaupun,
Dia tidak lagi milik kita,
Dia hanya Tuhan pinjamkn pada kita,
Dia hanya mampu menjadi seseorg utk dikenang.

Thursday, February 28, 2013

Praktikal-Intern-Kerja-Final Year...

Assalamualaikum...

2 minggu sudah menjalani kehidupan sebagai pelajar praktikal. Makanyer,sy berpraktikal di Malaysia Palm Oil Board (MPOB), Bangi. Dekat jer ngn umah. No need to find a house utk disewakn. Bakal berada di MPOB selama 4 bulan. Makanyer,haruslah bertabah selama 4 bulan ini.huhu. Anyway,rase bersyukur sangat sebab dpt supervisor yg baik,xcerewet cm yg selalu jer aku bayangkn.huhu.2 lah,pesimis lg.huhu.Puan SV sy sgt menjaga kebajikan sy. Selalu dtg lab tgk sy wt keje. Rase ank kesayangan la pulak sbb sentiasa diberi perhatian. Oleh itu,haruslah sy bekerja dgn cemerlang demi menjaga nama baik Puan SV sy,universiti dan syarikat sy bekerja. Lab assistant pn ok wlupn dlm lab 2 aku jer pompuan. Makanyer,terpaksalah sy menjadi seorg yg cergas dan pantas dlm membuat segala ujikaji.huhu.Nasib baik la ada sorg lab assistant yg selalu jer nk borak ngn aku. Klu x,bygkanlah betapa sunyinya keadaan lab tue. Alhamdulillah,setakat nie masih boleh dan berupaya melakukan tugas2 yg diberi. Sy gembira dgn kerja sy. Semoga Allah terus permudahkn segala urusan sy sepanjang praktikal nie. So,start la wt report ye Sarah. Slamat maju jaya SARAH!!!! :D


Pelajar di MPOB..
#rse sedih sgt mlm nie. Tp,xbleh nk wt ape pn. Chill bebeh.....

Sunday, December 16, 2012

Semua tentang Kita...

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapiskan semua sepi dihati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dari kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa....

Dan semua tentang kita akn aku simpan dalam kenangan. Sepanjang belajar nie, macam2 kwn aku ada, macam2 org aku jumpa. Dan setiap mereka memberikan memori tersendiri dalam hidup aku. Dan sekarang, 4 tahun sesi pembelajaran di universiti bakal berakhir. Hala tuju seterusnya?? Dh ada dlm perancangan. Semoga apa yg dirancang akn dipermudahkn Allah. Kdg2, perancangan Allah itu lebih baik. So, memori 4 tahun belajar msti aku rindu. Rindu nk pergi kelas, rindu nk mkn sama2, rindu nk dgr Dr. CWZ bg motivasi dlm kelas pg2. huhu. Sesungguhnya, memori itu sgt byk utk dilupakan. Sesungguhnya, perpisahan itu sangat menyedihkan. Tp, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan kan. Lumrah alam, lumrah hidup. Semoga ukhuwah ini kekal sampai ke syurga. Sesiapa jua yg sy kenali adalah kwn sy. Dan, sy sgt berbahagia disamping mereka. S.A.H.A.B.A.T.S.E.L.A.M.A.N.Y.A  ^_^