Monday, September 8, 2014

Kerana Jodoh Itu Allah Yang Beri...

Assalamualaikum...

Lama la jugak tak update blog nie. Busy kemain la nie. Huhu. Kejar macam2 jenis dateline. Dateline conference, dateline writing, dateline paper nak publish. Huhu. Hebat tak hebat tak cukup tanah jugak la nak kejar segala jenis dateline yang dinyatakan. Huhu. Main pun banyak la jugak. Nampak sangat tak berapa nak sedar diri lagi kan. Huhu. Nama pun bidang penyelidikan. Banyak la cabaran dalam bidang tue. Setiap bidang atau pekrjaan pun ada ups and downs dia. Tinggal kita nie kuat tak kuat jer nak hadapi. Sebab dah pilih bidang nie, kene la kuat, kene la hadap. Jadikan kerja kita tu sebagai hobi. Insya Allah, kita suka dengan kerja kita. The most important is appreciate kerja sendiri walaupun sedikit. Insya Allah kita akan bahagia dengan apa yang kita buat. Huhu. Ok, habis cerita pasal kerja+study+reserach. Alhamdulillah, tinggal lagi 5 bulan untuk melangkah ke alam baru insya Allah. Sepatutnya, sekarang preparation tue dah start la. Aku?? Tak start pape pun lagi. Huhu. Lepas raya la bak kate beliau kita pulun cari segala, settle segala yang penting. hehe. Dia busy kot lately. So, malas nak kacau kalau dia busy. So, kene faham nature kerja dia. Boss kan. Banyak la kerja. haha. Harapannya, semoga perjalanan ini terus dipermudahkan, harapannya semoga hubungan yang bakal disatukan mampu membahagiakan, harapannya semoga jodoh yang Allah kurniakan ini adalah yang terbaik untuk diri seorang aku. Buat umi dan ayah, terima kasih kerana selama ini sentiasa berada di depan, belakang, kiri dan kanan untuk memberi sokongan moral. Terima kasih kerana membantu dalam apa jua bentuk bantuan. Sesungguhnya, kasih sayang itu tiada siapa yang mampu tandingi. Buat bakal suami, terima kasih kerana sudi terima segala kekurangan, keburukan, kelemahan, kehinaan dan segala jenis 'ke' yang ada pada saya. Terima kasih sebab sudi jadikan saya suri hidup awak walaupun awak mampu dpatkan yang lebih sempurna dari saya. Semoga ikatan ini mampu membawa kita ke syurga bersama. *ok, ayat macam dah kahwin. puiiiiiii* hahahahahah ^_^ Terima kasih Allah untuk jodoh ini. Terima kasih Allah untuk kehidupan ini. Second life is not going to be wasted.Fighting!! :D
After 2 months. Kemain dia punyer senyum. Kalau x muka tue kalah abg long kawasan. hahahah