Sunday, February 22, 2015

New Story Life Begin #sarahazril

Assalamualaikum...

14 Februari 2015

         Alhamdulillah, selamat menjadi isteri yg sah kepada Hazril Fahzan B Mohd Nordin. Dengan 2 kali lafaz, aku tau dia nervous mcm aku. Saat umi genggam tgn aku menandakan bahawa aku sah menjadi isteri org. Saat itu aku juga tahu bahawa ayah melepaskan semua tanggungjawab yg selama nie dipikul utk aku kepada menantu dia. Kini, ayah dalam paksa rela mungkin melepaskan satu-satunya anak perempuan ke tangan org lain dengan harapan anak nya itu turut dijaf=ga dengan baik sepertimana beliau jaga. Saat itu, aku tau umi dan ayah hanya mampu mengeluarkan air mata kerana kegembiraan. Saat itu, aku juga hanya mampu menitiskan air mata melihat umi dan ayah. Alhamdulillah, majlis kedua-dua belah pihak juga berjalan dengan lancar dan baik. Xde ape ygmampu aku gambarkan selain ketodakpercayaan akn status diri yg kini mula berubah serta tanggungjawab yg kini harus dipikul. Semoga rumahtangga yg dibina ini mendapat rahmat dr Ilahi serta dipermudahkan segala urusan.

        Perkenalan singkat dalam masa 2 minggu, dia hanya menyatakan hasrat "bila boleh saya masuk meminang awak?". Saat itu, aku cuma fikir yg kemungkinan dia cuma bermain2 atau kata lain konon nk test market. Rupa-rupanya, itu adalah yg serius. Perjumpaan singkat antara umi ayah dan keluarga dia membawa kepada keputusan majlis pertunangan. Aku tak kenal dia lama. Aku xtau perangai dia mcm mana. Aku xtau siapa kawan dia. Aku x kenal famili dia. Dia sgt asing bg aku. Senang citer, bkn org yg aku kenal kt mne2 wlupn mcm tue jer. Setahun pertunangan ye mcm2 yg berlaku. Masa tue baru nak kenal dia, masa tue baru nk tau perangai dia mcm mne, mse tue baru nk tau siapa kawan dia, mse  tue baru nk tau kisah hidup dia sebelum dia jmpe aku. Ujian hati Allah nak uji mcm2dah dlm tempoh tue. Aku selalu makan hati, aku selalu menangis, aku selalu pujuk diri sendiri, aku selalu cakap dgn diri sendiri yg aku tak kuat lg utk semua nie. Demi umi dan ayah dan aku tau aku ada kawan yg selalu bg kekuatan pd aku, aku hadamkan semua demi kebaikan semua org.

        Alhamdulillah, janji Allah itu pasti. Aku terima jodoh ini kerana DIA yg tentukn. Aku terima dgn hati ygterbuka. Sbb aku percaya, ape yg Allah tentukan itulah yg terbaik. Dia sebelum kahwin dan dia selepas akad umpama org lain, org yg berbeza. Sbb dia tau menjada adab dan batas sebelum kahwin. Istimewanya dia, biarlah aku jer yg tau. Yg pasti, Allah temukan dia dgn aku, dia yg istimewa. Kami baru nak belajar bercinta, kami baru nak belajar erti sayang, kami baru nak belajar erti rindu. Sesungguhnya, apa yg Allah janjikan itu yg paling indah. Nikmat bercinta selepas nikah itu yg paling indah. Sehingga hari ini, tiada kata yg mampu diucapkan selain syukur pd Yang Esa. 

      Last but not least, terima kasih kepada umi ayah, mama papa, adik2, adik2 ipar, sepupu sepapat, sahabat habdai serta tetamu yg hadir ke majlis kami dua belah pihak. Jasa dan budi baik kalian tidak mampu kami balas. Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu. Doakan kami sabar dalam menghadapi kehidupan baru, doakan kami sentiasa dipenuhi kasih sayang untk kehidupan baru. Terima kasih untuk semua, terima kasih atas segalanya.

       Untuk suami terchenta, terima kasih sebab memilih saya sebagai isteri, terima kasih sebab memenuhi sebahagian impian saya untuk berumah tangga, terima kasih kerana sudi menerima segala kelebihan dan kekurangan diri saya. Semoga awak juga sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu. Moga kita kekal hinnga ke syurga. Saya sayang awak. :)

#sarahazril
Hazril Fahzan + Sarah Husnaini
May Allah bless this marriage with patience and happiness, Insya Allah