Thursday, December 12, 2013

Ingatan itu sampai mati....

Assalamualaikum....

6 tahun masa berlalu dan sungguh pantas meninggalkn kejadian hitam itu. Hampir 4 tahun menjadikn Hospital Kuala Lumpur sebagai rumah kedua setelah berpindah dari hospital Serdang. Dalam jangka masa itu juga, hampir diri ini tidak percaya masih lagi mampu untuk meneruskn kehidupan dgn serba kekurangan. 6 tahun menjadi abnormal person internally, tp masih mampu menjalani hidup sebagai manusia normal yg lain. Sehingga kini, ucapan syukur itu masih meniti di bibir kerana aku masih diberi peluang utk menjalani hidup. Terima aksih ats sokongan semua dan juga dorongan terutama kedua ibu bapa. Doa kalian yg menjadikn aku mampu hidup. Terima kasih. Jasa kalian hanya Allah yg mampu balas. Tiada kata yg mampu diucapkn kerana nikmat ini adalah nikmat yg plg besar dlm hidup seorang aku. Sesungguhnya, nikmat kesihatan itu adalah nikmat yg plg besar dlm hidup seorg aku. Menjadi pesakit AVM adalah sejarah. Bukan aku sahaja, malah rmi lg pesakit seperti aku tidak mampu bergerak sedikit pn. Sesungguhnya ujian Allah bg mereka adalah lebih besar. Kini, aku melanjutkn pengajian dlm Master of Science (Chemical Engineering). Tiada siapa pn yg sangka malah diri sendiri pn tak sangka, aku mampu menghabiskn ijazah pertama dgn baik. Kerana aku tahu, aku kene kuat demi umi dan ayah, demi keluarga. kerana dorongan mereka aku mampu sampai sejauh ini. Semoga kehidupan mereka sentiasa diberkati Allah selalu. Being part of AVM's is the best thing happen in my life. :D  

No comments:

Post a Comment